Sejarah
dan latar belakang
Tanjung Simpang Mengayau
atau Tanjung Sampang Mangazou, juga
dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling
utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia.
Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari
bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah
Kudat.Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran)
perkataan ini merujuk kepada lokasi
pertempuran yang berlaku ketika etnik Rungus mempertahankan wilayah mereka
daripada serangan lanun. Tempat ini juga dijadikan kawasan pendaratan bagi
lanun.
Tanjung Simpang Mengayau
merupakan mercu tanda terutara pulau borneo dan menjadi petunjuk utama pulau
ini kepada kapal-kapal purba dari arah utara khususnya dari China sejak Dinasti
Tang (618 hingga 906 Masihi). Tanjung ini juga menjadi titik persimpangan
antara Laut China Selatan dan Laut sulu. Malah, tanjung ini turut dijadikan
medan pertembungan sosiopolitik antara kaum Rungus dan kaum penjarah laut dari selatan Filipina
seperti Iranun dan Tausuq. Oleh itu, tanjung ini merupakan landskap bersejarah
kepada sejarah maritim Borneo.
Dasar laut sekitarnya
yang memiliki kekayaan pelbagai spesies hidupan samudera menjadi sumber rezeki
kepada manusia sejak kedatangan masyarakat Austronesia dari Formosa (Taiwan)
sekitar 6000 tahun lampau. Kini komuniti nelayan di Kudat seperti suku
Bajau-ubian dan bajau suluk mendominasi kegiatan perikanan di perairan
tersebut.