Di zaman dahulu, Kudat lebih dikenali di kalangan masyarakat tempatan
sebagai “Tanjong Berungus” dan kadangkala juga disebut dengan nama
“Tambarungan”. Semasa kedatangan awal peniaga-peniaga Cina di Tanjung Berungus,
mereka hairan melihat sejenis rumput yang tumbuh di merata-rata tempat.
Kehairanan itu menyebabkan mereka ingin mengetahuinya daripada penduduk tempatan
yang terdiri daripada suku kaum Rungus ( Penduduk asal daerah Kudat ) yang
kemudiannya memberitahu bahawa rumput yang menjadi tanda tanya di kalangan
mereka itu adalah “Kutad” yang bermaksud “rumput lalang” dalam bahasa
Rungus.
oleh kerana sebutan “Kutad” oleh peniaga-peniaga Cina itu tadi tidak
tepat maka lahirlah nama “Kudat” yang asalnya daripada rumput lalang (Kutad) di
mana kawasan yang ditumbuhi rumput berkenaan akhirnya menjadi pusat
pertemuan peniaga-peniaga imigran dengan orang tempatan untuk
menjalankan aktiviti perniagaan berjual beli secara tradisi.
Sementara cerita daripada suku kaum binadan pula ialah kudat berasal daripada perkataan "takkudad aku" yang bermaksud "terkejut aku" oleh salah seorang daripada suku kaum berkenaan yang terperanjat dengan bunyi sebuah kapal yang bernama "SANTI" semasa mereka berlayar dari limau-limauan ke tanjung berungus. Peristiwa itu telah memberikan mereka idea dan bersetuju untuk menamakan tanjung berungus sebagai kudat.

No comments:
Post a Comment