Friday, 6 October 2017

SIMPANG MENGAYAU KUDAT/ TIP OF BORNEO

Sejarah dan latar belakang
Tanjung Simpang Mengayau atau Tanjung Sampang Mangazou, juga dikenali sebagai Tip of Borneo dalam Bahasa Inggeris adalah bahagian paling utara Borneo yang terletak di daerah Kudat, di negeri Sabah, Malaysia.
Nama asal Tanjung Sampang Mangazou berasal dari bahasa kaum Rungus, sebuah kumpulan etnik yang tinggal terutamanya di daerah Kudat.Tanjung (tanjung), Sampang (kesatuan) dan Mangazou (pertempuran) perkataan ini  merujuk kepada lokasi pertempuran yang berlaku ketika etnik Rungus mempertahankan wilayah mereka daripada serangan lanun. Tempat ini juga dijadikan kawasan pendaratan bagi lanun.
Tanjung Simpang Mengayau merupakan mercu tanda terutara pulau borneo dan menjadi petunjuk utama pulau ini kepada kapal-kapal purba dari arah utara khususnya dari China sejak Dinasti Tang (618 hingga 906 Masihi). Tanjung ini juga menjadi titik persimpangan antara Laut China Selatan dan Laut sulu. Malah, tanjung ini turut dijadikan medan pertembungan sosiopolitik antara kaum Rungus dan kaum penjarah laut dari selatan Filipina seperti Iranun dan Tausuq. Oleh itu, tanjung ini merupakan landskap bersejarah kepada sejarah maritim Borneo.

Dasar laut sekitarnya yang memiliki kekayaan pelbagai spesies hidupan samudera menjadi sumber rezeki kepada manusia sejak kedatangan masyarakat Austronesia dari Formosa (Taiwan) sekitar 6000 tahun lampau. Kini komuniti nelayan di Kudat seperti suku Bajau-ubian dan bajau suluk mendominasi kegiatan perikanan di perairan tersebut.

No comments:

Post a Comment